• Biodata Diri
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
AMINAH

MINGGU KE 14 

12/21/2014

0 Comments

 
Picture

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Akhirnya kursus Komputer Dalam Pendidikan GGGE1155 telah melabuhkan tirai bagi semester 1 . Rasa sangat sedih kerana berpisah dengan tenaga pengajar SE1 saya iaitu Cik Mazalah yang sangat dedikasi dan sporting ketika mengajar di dalam kelas. 

Minggu yang terakhir ini, Cik Mazalah telah membuat refleksi untuk semua topik-topik yang telah diajar seperti, pengenalan kursus, konsep komputer sebagai 'alat' 'guru' dan 'pelajar',  platform perbincangan di atas talian, isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan, prinsip asas pembentangan slaid Powerpoint, kajian mini, Desktop Publishing, proses perancang pembangunan video, video dalam pendidikan, Excel.

Alhamdulillah, saya telah menyiapkan tugasan yang diberi berkat daripada tunjuk ajar tenaga pengajar Cik Mazalah, dorongan keluarga, dan kerjasama daripada rakan-rakan. .terima kasih semua kerana banyak membantu saya. .


Picture
0 Comments

MINGGU KE 13 *Tugasan 8*

12/21/2014

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum wbt. .
Pejam celik,pejam celik dah masuk minggu ke 13. .semester 1 sudah dipenghujungnya. .sdihnya rase. .saya harap dapat berjumpe dengan anda semua pada semester akan datang. .in shaa ALLAH. .

Baiklah, kali ini Tugasan 8  adalah topik  Excel iaitu bagaimana menggunakan dan mencari formula dengan menggunakan Excel. Tugasan yang telah diberi oleh Cik Mazalah  adalah mencari nilai  Gred matapelajaran murid sekolah kebangsaan dengan menggunakan formula VLOOKUP, STDEV, AVERAGE, COUNTIF, sort, filter dan graph. Pada pandangan saya tugasan ini agak mudah kerana  Cik Mazalah banyak memberi tunjuk ajar cara  hendak mengguna dan mencari formula excel kepada saya dan juga rakan-rakan dengan lebih terperinci. Alhamdulillah akhirnya semua rakan dalam kelas saya dapat membuat tugasan excel dengan mudahnya dan berjaya menyiapkannya dalam masa sehari.

Selain itu, saya  dan rakan-rakan juga diajar bagaimana cara hendak memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan matapelajaran utama seperti bahasa melayu, bahasa inggeris, sains, matematik dan lain-lain. Terima kasih Cik Mazalah yang dikasihi kerana sudi mengajar saya dan rakan-rakan dengan sabar dan sanggup melayan kerenah kami. 


0 Comments

MINGGU KE 12 #Tugasan 7#

12/21/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum Semua. .
Tugasan pada kali ini adalah yang paling mencabar dan merumitkan bagi saya dan kawan-kawan kerana kami dikehendaki untuk mencipta satu video berdasarkan topik dan kandungan tugasan 3  yang telah diberikan kepada kami sebelum ini. 

Kami bebas untuk membuat pilihan sebarang perisian penyunting video seperti Movie Maker, Powtoon (perisian atas talian) dan lain-lain perisian penyuntingan yang sesuai dan mudah. Topik kumpulan kami adalah "kemahiran abad ke-21".

Kami telah sebulat suara untuk memilih menggunakan perisian atas talian Powtoon (http://www.powtoon.com) . 
Oleh kerana ia merupakan kali pertama kami menggunakan Powtoon, kami menghadapi sedikit masalah  pada mulanya untuk menggunakannya dan membiasakan diri kami dengan fungsi dan cara penggunaan powtoon. Powtoon memerlukan sambungan ke internet yang laju dan stabil agar dapat berfungsi secara optimum.
Picture
0 Comments

MINGGU KE 11 #TUGASAN 6#

12/14/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah kini sudah memasuki minggu ke 11. Kita sudah semakin hampir dipenghujung pembelajaran. Oleh itu,semoga dipermudahkan segala urusan dan berharap berjalan seperti yang diinginkan. 

Seterusnya, pada minggu ini tugasan yang saya dan ahli kumpulan kami lakukan adalah membuat laporan hasil daripada soal selidik kajian pada minggu yang ke 10.  

Semua respon telah memberi kerjasama yang baik. setelah itu kami mengambil maklumat kajian  dari google drive dan dianalisa soalan demi soalan untuk mendapatkan hasil tepat. Pelbagai jenis carta yang bersesuaian dan menarik telah dihasilkan untuk menggambarkan hasil kajian secara visual.

Tugasan ini pada saya memang mencabar kerana saya perlu menganalisis soalan satu persatu setiap soalan kaji selidik untuk membuat dan mencari  cara terbaik untuk mewakili hasil dapatan yang telah dilakukan.

Tugasan ini juga melatih saya menjadi lebih kritis dan pandai menggunakan aplikasi word, excel dan google drive dengan baik dan lancar.

Tahniah dan terima kasih kepada kumpulan saya kerana memberikan komitmen dan telah berjaya menyiapkan tugasan ini. 

sekian terima kasih. :>
0 Comments

Minggu ke-10 * tugasan 6*

11/23/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum kepada semua. 
Syukur, dalam  kesibukan semester ini, saya telah pun sampai ke minggu ke 10, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum semester berakhir.

Pada kali ini, tugasan yang perlu disempurnakan agak mencabar diri saya  kerana semua kumpulan perlu menukarkan persembahan PowerPoint Tugasan 3 (Kemahiran Abad ke-21) ke dalam bentuk brosure. Brosure yang perlu dihasilkan adalah dalam format Microsoft Publisher (fail berformat *.pub) dan Microsoft Word (Fail berformat .doc). Jadi, 2 brosur yang sama tetapi berformat berbeza yang agak sukar dilakukan telah saya hasilkan.

Pada mulanya agak sukar menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat brosure ini. Hal ini kerana saya memang jarang menggunakannya. Saya lebih suka menggunakan Microsft Word, kerana hampir semua kerja kursus dan penghasilan dokumen dibuat menggunakan Microsoft tersebut.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa kelebihan menggunakan Publisher untuk menghasilkan brosure berbanding Word. Antaranya ialah teks dan imej lebih mudah diformat dan diubah, banyak templet yang menarik dan pelbagai pilihan, Publisher merupakan perisian  penerbitan-atas-meja berbanding Word (perisian dokumen). Jadi fitur publisher agak berbeza berbanding word.

Saya sangat  berpuas hati dengan brosur yang dihasilkan. Di harap pensyarah saya iaitu  Cik Mazalah juga turut berpuas hati dan menerima hasil kerja saya dan kumpulan saya. Terima kasih.
0 Comments

Minggu ke-9  ( tugasan 5)

11/23/2014

0 Comments

 
Terima kasih dan syukur atas limpah kurnianNya, telah memasuki minggu ke 9 untuk tugasan yang ke 5.

Tugasan kali ini adalah rentetan dan juga sambungan dari tugasan minggu lepas iaitu minggu ke 8. Dan tugasan tersebut adalah membuat soalan menggunakan google form kemudian di upload ke dalam portfolio forum weebly.

Pada pandangan saya, agak mudah memasukkan soalan ke dalam google form kerana aplikasinya sangat user friendly dan mudah untuk difahami oleh sesiapa yang ingin mencubanya.Alhamdulillah dengan penerangan yang ringkas dari pensyarah saya iaitu Cik Mazalah, maka proses tugasan saya menjadi senang untuk melaksanakannya. Terima kasih Cik Mazalah di atas sumbangan membantu saya dan kumpulan saya dalam membuat tugasan ini

Sekian sahaja  daripada  saya kali ini. Insyallah, jumpa lagi di minggu ke 10 untuk tugasan yang baru.
0 Comments

Minggu ke-8 * tugasan 5*

11/22/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah. . sudah sampai minggu ke 8 untuk tugasan yang ke 5. Tugasan kali ini  agak senang sedikit cara membuatnya, ini kerana setelah diberi penerangan yang jelas dari pensyarah kusus GE1155 iaitu Cik Mazalah serta Video yang terperinci yang disediakan oleh Dr Fariza, maka ia memudahkan saya memahami serta dapat membuat soalan seperti yang dikehendaki.

Cik Mazalah telah mengajar kepada kami bagaimana caranya untuk membuat pembentukan soalan dalam soal selidik serta penyediaan soal selidik diatas talian. Sebelum ini saya memang tidak pernah membuat soal selidik di atas talian kerana pada mulanya saya menganggap ianya sukar. Setelah mempelajarinya alhamdulillah dapat saya membuat soalan dengan berdasarkan tajuk yang dipilih oleh kumpulan saya.

Sebelum membuat soal selidik di atas talian, Cik Mazalah menyuruh kelas kami menghantar email draf soalan tersebut kepada beliau untuk menyemak jika terdapat soalan tersebut yang tidak menepati seperti yang dikehendakinya.

Akhir sekali ucapan ribuan terima kasih kepada Cik. Mazalah di atas bantuan  yang telah diberikan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sekian.
0 Comments

Minggu ke-7   *tugasan 4*

11/22/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah, kini sudah memasuki minggu ke 7 untuk tugasan yang ke empat. Tugasan yang ke empat kali ini agak mencabar kerana kumpulan saya perlu membuat proses penyelidikan atau mini research berdasarkan tajuk yang dipilih. Tajuk yang kumpulan kami pilih adalah penggunaan kemahiran ICT abad ke-21 dalam kalangan pelajar IPT.

Cik Mazalah telah memberi penerangan bagaimana untuk membuat proses penyelidikan atau mini research berdasarkan tajuk kajian, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan responden/ sampel kajian.

Setelah kesemua maklumat siap dan lengkap, Cik Mazalah menyuruh kami semua menghantar kesemua maklumat ke dalam google drive beliau bagi membuat semakan seterusnya.

Akhir sekali ucapan ribuan terima kasih kepada Cik. Mazalah di atas bantuan  yang diberikan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sekian terima kasih.

0 Comments

Minggu ke-6 (tugasan 3)

11/22/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah kerana dengan izinNya, saya berpeluang lagi untuk membuat refleksi aktiviti tugasan 3 minggu ke 6 ini. Tugasan kali ini adalah membuat persembahan power point dengan mengaplikasikan Prinsip CASPER dari segi pemilihan teks,grafik dan warna yang sesuai dan menarik.

Di sini saya ingin ceritakan serba sedikit mengenai apa itu prinsip CASPER dan kepentingannya. Sebenarnya prinsip CASPER adalah salah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi pengurusan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik penting ini untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan CASPER sebenarnya bermaksud
C=Contrast, A=Alignment, S=Simplycity, P=Promixity, E=Emphasis dan R= Repitition.

Tugasan yang diberikan kali ini dikehendaki menggunakan prinsip CASPER, dan saya telah mematuhi arahan dengan mengaplikasikan semua slaid persembahan saya dengan menggunakan prinsip CASPER. Ternyata hasilnya memang saya sangat berpuas hati dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Setelah  siap membuat slaid persembahan, saya telah mengupload tugasan saya ini ke dalam google drive dan saya telah kongsikan slaid saya itu kepada Puan Mazalah selaku pensyarah saya dan ahli kumpulan saya iaitu Noorakmarwati dan Syathila.

Akhir sekali sebelum melabuhkan tirai, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Fariza dan Pn. Mazlah di atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini.
0 Comments

Minggu ke 5 *tugasan 3* 

11/22/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah kerana dengan izinNya saya berpeluang untuk membuat refleksi mengenai aktiviti tugasan 3 tentang isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan. Tugasan 3 kali ini diberikan secara berkumpulan dan disertakan 8 tajuk yang diberi. Setiap kumpulan diberi satu tajuk melalui proses cabutan nombor. Alhamdulillah kumpulan saya dapat no.1 dan tajuk yang diberi adalah "Kemahiran Abad Ke-21".

Cik Mazalah telah memberi penerangan di dalam makmal komputer bagaimana untuk mencari maklumat berdasarkan tajuk yang telah diberi. Antaranya ialah kelas kami boleh mencari bahan maklumat dengan menggunakan enjin carian google, google scholar dan pengkalan data langganan UKM.

Menggunakan enjin carian google amat mudah untuk mencari maklumat apa yang saya inginkan. Untuk pengetahuan Doktor Fariza dan Cik Mazalah, inilah pertama kali saya mendengar enjin pencarian google scholar seterusnya mencari maklumat dengan menggunakan google scholar. Sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai apa itu google scholar. Setelah menerokai google scholar barulah saya faham. Google scholar ialah enjin carian web yang mengkhusus kepada carian teks ilmiah dalam pelbagai format penerbitan. saya juga menerokai carian internet menggunakan pengkalan data langganan UKM. Tapi sebelum mengakses pengkalan data langganan UKM, saya serta rakan-rakan perlu mendaftar akaun di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl . Setelah berjaya mendaftar di web tersebut, barulah saya dan rakan-rakan boleh mengakses sesawang tersebut. Banyak bahan rujukan yang terdapat pada laman web www.ezplib.ukm.my, pastikan kita semua dilandasan yang betul dalam memilih bahan rujukan.

Tugasan 3 kali ini, kami semua dikehendaki membina sekurang-kurangnya 3 topik soalan perbincangan dan memastikan topik atau soalan yang dibina mesti masuk ke dalam forum Weebly GE1155 dengan membuka topik baru. Alhamdulillah kumpulan saya telah dapat membuat  3 soalan tersebut dan di masukkan ke dalam forum Weebly GE1155. Antara soalan yang saya utarakan ialah a)
pada pendapat anda,apakah yang boleh anda fahami mengenai kemahiran abad ke-21? b) pada abad ke-21 terdapat beberapa ciri-ciri pelajar yang ingin dilahirkan dan dibentuk. Berikan sekurang-kurangnya 4 ciri pelajar abad ke-21 dan huraikan. c) Pada pendapat anda adakah kemahiran abad ke 21 dapat membantu pelajar terutama dalam komunikasi interaktif?. Dan setiap ahli kumpulan perlu membaca komen pelajar lain berkaitan topik serta berikan respon. Ini adalah arahan daripada penyelaras GE1155. Akhir sekali kami semua wajib menulis hasil pembelajaran pada ruang refleksi kami di Weebly individu.

Kesimpulannya, kemahiran abad ke-21 banyak membantu individu yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Kemahiran ini juga dapat membantu individu dalam menempuh alam pekerjaan yang semakin mencabar dan maju.
0 Comments
<<Previous

Powered by Create your own unique website with customizable templates.